Cara Membina Struktur Artikel Blog
Struktur artikel adalah sangat penting untuk menarik minat pembaca blog anda. Anda perlu tahu bila dan kenapa anda perlu menggunakan perenggan. Penggunaan perenggan ini akan memudahkan lagi pembaca anda mengasingkan isi-isi utama artikel dalam blog anda.

Gaya penulisan masih merupakan elemen penting dalam membina struktur artikel untuk menarik lebih ramai pembaca membaca artikel anda. Contohnya, anda perlu menggunakan gaya penulisan yang menarik pada perenggan pertama untuk menarik minat pembaca yang gemar membaca perenggan pertama atau headlines artikel sahaja. Tetapi anda tidak boleh mengabaikan perenggan yang berikutnya kerana masih ramai yang ingin membaca artikel anda sehingga tamat jika perenggan pertama anda sangat catchy dan menarik perhatian mereka.
Menulis Post Pendek Tapi Power
Tahukah anda, semakin panjang anda menulis, semakin rendah kebarangkalian pelawat blog anda untuk membaca entri atau artikel anda. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, anda harus menulis setiap artikel anda dengan pendek, ringkas, dan padat.

Artikel yang pendek sangat powerful untuk menarik minat pembaca. Ini kerana mereka tidak perlu berfikir dan membuang masa membaca artikel yang panjang untuk mendapatkan maklumat kerana mereka boleh mendapatkannya straight to the point melalui artikel yang pendek. Panduan di bawah akan mengajar anda untuk menulis artikel yang pendek tetapi powerful.
3 Perkara Blogger Popular Lakukan Yang Anda Tidak Buat
Jika kita lihat, terdapat sesetengah blogger yang sangat popular kerana mereka mempunyai supporters dan audiences yang sangat ramai. Mereka juga mempunyai followers yang berpengaruh untuk mempromosikan blog.

Saya pasti hampir kesemua blogger mempunyai impian yang sama iaitu untuk menjadi seorang blogger yang popular. Saya juga tidak terkecuali. Tetapi adakah kita sudah cukup layak untuk menjadi seorang blogger yang popular?
Jadikan Komen Anda Lucu
Salah satu cara terbaik untuk mempromosikan blog anda adalah dengan meninggalkan komen pada blog yang mempunyai niche hampir sama dengan blog anda. Dan kebiasaannya anda akan dapati komen anda akan dapat menarik satu atau dua pelawat jika anda bernasib baik. Tetapi adakah anda selalu bernasib baik??
  • Yang Suka Baca