Cara Membina Struktur Artikel Blog
Struktur artikel adalah sangat penting untuk menarik minat pembaca blog anda. Anda perlu tahu bila dan kenapa anda perlu menggunakan perenggan. Penggunaan perenggan ini akan memudahkan lagi pembaca anda mengasingkan isi-isi utama artikel dalam blog anda.

Gaya penulisan masih merupakan elemen penting dalam membina struktur artikel untuk menarik lebih ramai pembaca membaca artikel anda. Contohnya, anda perlu menggunakan gaya penulisan yang menarik pada perenggan pertama untuk menarik minat pembaca yang gemar membaca perenggan pertama atau headlines artikel sahaja. Tetapi anda tidak boleh mengabaikan perenggan yang berikutnya kerana masih ramai yang ingin membaca artikel anda sehingga tamat jika perenggan pertama anda sangat catchy dan menarik perhatian mereka.





Apabila anda telah selesai menulis kesemua perenggan artikel anda, anda perlu melalukan dua semakan terhadap struktur artikel anda. Pertama, anda perlu pastikan bahawa setiap perenggan adalah berinformasi dan berguna walaupun pembaca hanya membaca ayat pertama bagi setiap perenggan. Kedua, lihat pada akhiran setiap perenggan. Jika terdapat ayat-ayat yang tidak penting, pastikan anda membuangnya atau menggabungkannya dengan ayat sebelum untuk menjadikannya lebih pendek dan ringkas.

Akhir sekali, jangan terlalu mengikut peraturan untuk membina artikel anda. Seperti yang kita tahu, peraturan dicipta untuk dilanggar/dimusnahkan. Jadi sesekali anda perlu melanggar peraturan menulis untuk menghasilkan sesuatu artikel yang genius.
3 Responses

  1. Anonymous Says:

    yang ini saya paling suka

    "jangan terlalu mengikut peraturan untuk membina artikel anda. Seperti yang kita tahu, peraturan dicipta untuk dilanggar/dimusnahkan. Jadi sesekali anda perlu melanggar peraturan menulis untuk menghasilkan sesuatu artikel yang genius."

    kebebasan itu menjadikan kreatif, ramai juga yang saya tengok terlalu mengikut 'skrip' menjadikannya kaku...

    terbaeek bro...


  2. Mohd Solihin Says:

    bila kita terlalu ikut peraturan..kita akan terkongkong..tapi sebelum langgar peraturan, pastikan tindakan itu betul dan tak menyusahkan orang lain..


Post a Comment

  • Yang Suka Baca