3 Perkara Blogger Popular Lakukan Yang Anda Tidak Buat
Jika kita lihat, terdapat sesetengah blogger yang sangat popular kerana mereka mempunyai supporters dan audiences yang sangat ramai. Mereka juga mempunyai followers yang berpengaruh untuk mempromosikan blog.

Saya pasti hampir kesemua blogger mempunyai impian yang sama iaitu untuk menjadi seorang blogger yang popular. Saya juga tidak terkecuali. Tetapi adakah kita sudah cukup layak untuk menjadi seorang blogger yang popular?






Tentu ada alasan dan rahsia disebalik populariti seseorang blogger bukan? Kali ini saya akan kongsikan kepada anda 3 idea atau sebab kenapa mereka boleh menjadi seorang blogger yang popular. Opps! Sangat Popular..

1. Mereka memainkan peranan

Blogger popular selalu memainkan peranan mereka dengan baik di dalam blog mereka. Jika blog diibaratkan sebagai sebuah filem, penulis blogger tersebut adalah pelakon utama (hero/heroin). Mereka bijak bermain dengan karakter dan melakukannya dengan sangat baik.

Jadi apa yang mereka dapat dengan melalui peranan tersebut? Dengan mengibaratkan mereka sebagai watak utama blog, mereka boleh menanam niche dengan mendalam ke dalam otak pembaca. Ia bukan sekadar hanya penulisan, tetapi seolah-olah ianya benar dan memberi user experience yang hebat kepada pembaca.

Anda juga boleh mencontohi mereka dan melakukan perkara yang sama. Dalami hasil penulisan anda, dan jadikan diri anda sebagai watak utama. Selain itu, pastikan anda menjaga karakter anda ketika berkomunikasi dengan pembaca atau membalas komen di dalam blog sendiri atau blog orang lain.

2. Mereka Menghibur Sambil Memberi Maklumat

Ini adalah perkara paling penting. Anda tidak boleh menulis maklumat secara skema. Mungkin ianya berhasil jika pembaca blog anda kesemuanya adalah seorang nerd atau ulat buku. Tetapi adakah semua pembaca anda adalah golongan tersebut?

Sebagai seorang blogger, kita harus hiburkan pembaca dengan entri-entri yang menarik dan menghiburkan. Jika entri anda berkaitan sesuatu yang serius, masukkan sedikit humor ke dalam entri tersebut supaya ianya akan lebih menarik dan santai. Kita harus ingat, kebanyakan pembaca atau pelawat melawat blog anda untuk mencari hiburan atau menghilangkan rasa bosan. Jika blog anda menambahkan lagi kebosanan mereka, ianya akan menjadi kali pertama dan terakhir mereka melawat blog anda. Jika blog anda menghiburkan, mereka akan duduk lebih lama di blog anda dan membaca entri-entri yang lain.

Maklumat semata-mata adalah bosan. Jadi kita perlu mencari alternatif untuk menghiburkan pembaca. Tetapi harus diingat, menghibur tidak semestinya perlu melawak. Jangan buat lawak bodoh kerana ia akan menyebabkan pembaca memberi pandangan negatif kepada anda. Anda juga akan kelihatan sama bodoh seperti lawak anda.

3. Mereka Menulis Dengan Level Tersendiri

Kebanyakan blogger popular mempunyai gaya penulisan mereka yang tersendiri dan unik. Jadi anda juga perlu memiliki gaya penulisan anda sendiri. Jangan sekali sakala cuba untuk meniru gaya penulisan blogger lain. Buruk padahnya nanti kerana sudah pasti pembaca akan mengatakan anda tidak mempunyai identiti dan suka menciplak. Mereka juga akan merasakan kesemua kandungan blog anda juga adalah ciplak.

Pastikan semasa anda menulis, gunakan ayat atau perkataan yang membuat pembaca merasakan bahawa anda menulis entri tersebut khas untuknya. Jika anda mampu buat sedemikian, secara automatik anda akan diminati.

Dan akhir sekali, ketika anda menulis, pastikan ianya ditulis berdasarkan pandangan semua orang samada rakan-rakan anda atau pembaca lain. Jangan menulis pandangan anda sahaja. Ia seolah-olah menunjukkan anda seorang yang bongkak dan tidak boleh menerima pandangan serta kritikan orang lain.

Setakat ini sahaja entri kali ini. Harap ianya dapat memberi input yang berguna kepada anda semua. Jumpa lagi pada entri akan datang.

Terima kasih,

1 Response
  1. Anonymous Says:

    bagus tip2 di sini. kalau ada masa boleh singgah ke BLOG saya juga dan memberikan komen di sana. mungkin pandangan anda boleh meningkatkan kualiti blog saya.


Post a Comment

  • Yang Suka Baca