Menulis Post Pendek Tapi Power
Tahukah anda, semakin panjang anda menulis, semakin rendah kebarangkalian pelawat blog anda untuk membaca entri atau artikel anda. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, anda harus menulis setiap artikel anda dengan pendek, ringkas, dan padat.

Artikel yang pendek sangat powerful untuk menarik minat pembaca. Ini kerana mereka tidak perlu berfikir dan membuang masa membaca artikel yang panjang untuk mendapatkan maklumat kerana mereka boleh mendapatkannya straight to the point melalui artikel yang pendek. Panduan di bawah akan mengajar anda untuk menulis artikel yang pendek tetapi powerful.






1. Point Utama : Pastikan setiap ayat dan perenggan yang anda tulis mempunyai maklumat dan isi penting. Jangan menulis ayat yang tiada maklumat kerana ia membuang masa anda untuk menulis dan membuang masa pembaca untuk membaca. Untuk memastikan setiap ayat yang anda karang mempunyai isi penting, tuliskan senarai isi penting terlebih dahulu pada sehelai kertas atau tulis menggunakan notepad. Kemudian karang setiap ayat mengikut isi penting tersebut dengan mengikut urutan yang paling penting di bahagian awal dan berikutnya.

2. Hujah atau kata balas : Ini tidak bermaksud anda menjadi seorang yang defensive atau menegakkan benang yang basah. Berhujah bermaksud anda menulis berpandukan dan berdasarkan sumber dan bukti yang tepat. Pastikan hujah² anda logik dan relevan. Cara ini akan membuatkan pembaca terpanggil untuk memberi komen pada artikel anda.

3. Struktur : Untuk menghasilkan artikel pendek, anda perlu menyusun struktur artikel dengan baik mengikut priority(kepentingan). Mulakan isi penting artikel anda dengan segera. Jangan menulis pembuka kata yang panjang dan meleret. Kemudian follow dan support isi penting anda dengan hujah² yang hebat. Akhir sekali tamatkan artikel anda dengan kesimpulan artikel tersebut. Tidak perlu kata penutup sebaliknya tulis ayat yang menggalakkan pembaca untuk membalas artikel anda dengan memberikan komen.

Terima kasih,
3 Responses
  1. BoboCap Says:

    terbaik bro.....berapa khidmat bro ni?


  2. Anonymous Says:

    lama, tak de artikel baru nie???


  3. Mohd Solihin Says:

    baru balik bercuti..nanti saya letak artikel baru


Post a Comment

  • Yang Suka Baca