3 Panduan Memilih Tajuk Artikel Yang Efektif
Dalam dunia blogging, wikipedia, RSS feeds dan laman web bookmark sosial sangat mudah dipenuhi dengan pelbagai informasi. Teknologi memudahkan seseorang untuk menghasilkan artikel dalam bentuk penulisan, audio ataupun video.

Secara puratanya, kamu hanya mempunyai beberapa saat sahaja untuk menarik perhatian pembaca. Beberapa saat yang dimaksudkan saya adalah masa yang digunakan oleh pembaca untuk membaca tajuk artikel. Sebab itulah tajuk artikel adalah sangat penting kerana ia yang akan menentukan samada pembaca terus membaca atau meninggalkan artikel anda. Di bawah saya tuliskan 3 panduan untuk menulis tajuk artikel yang efektif:






1. Tajuk harus menarik perhatian: Hanya ada satu ruang sahaja untuk memberikan impresi kepada pembaca iaitu tajuk artikel. Tajuk artikel anda harusla mampu memberikan sebab kenapa mereka perlu membaca artikel tersebut. Jika anda menghabiskan masa berjam untuk menyiapkan artikel, apa salahnya menghabiskan masa untuk memikirkan tajuk yang baik untuk artikel anda. Walaupun kandungan artikel anda menarik, tajuk yang kurang mendapat perhatian akan mengurangkan kebarangkalian pembaca untuk terus membaca.

2. Tajuk mestilah berkaitan dengan kandungan: Ini sangat penting kerana pembaca sudah pasti mengharapkan sesuatu yang mereka mahu berdasarkan tajuk artikel anda. Jika tajuk artikel hebat tetapi kandungan tidak seberapa, mungkin pembaca akan hilang kepercayaan kepada anda sebagai penulis.

3. Tajuk mudah dicari menggunakan enjin carian: Periksa samada tajuk artikel anda mudah dicari menggunakan enjin carian atau tidak. Anda boleh menggunakan keyword suggestion tool untuk mencari keyword yang bersesuaian dengan tajuk artikel anda.
0 Responses

Post a Comment

  • Yang Suka Baca