30 Tips Meningkatkan Jumlah Trafik
Di dalam artikel ini, saya akan memberi 30 tips bagaimana untuk meningkatkan jumlah trafik blog anda. Trafik yang tinggi adalah amat penting bagi memastikan kejayaan blog anda. Anda juga boleh mendapat pulangan yang baik jika trafik anda sentiasa tinggi dan konsisten.






1. Sentiasa mengikuti blog lain dan tinggalkan komen kepada mereka. Cara terbaik untuk meneruskan perbualan adalah dengan memasang MyBlogLog widget dan melawat semula blog milik pelawat yang telah melawat blog anda.

2. Tiada yang lebih bernilai daripada membina trafik jangka panjang. Tulis artikel yang mempunyai sumber sah atau artikel yang menerangkan bagaimana sesuatu berfungsi. Sesuatu yang bernilai dan amat berguna akan mendapat pautan di dalam del.icio.us yang mempunyai jangka masa lebih panjang daripada muka hadapan Digg.

3. Beritahu enjin carian dan pengagregat seperti Technorati selepas anda mengemaskini blog anda. Ini akan memastikan anda memperoleh jumlah trafik yang maksimum.

4. Ambil perhatian terhadap isu semasa di sekeliling anda. Ia mungkin menjadi satu artikel yang amat panjang dan berjela. Buat rujukan mengenai isu tersebut dan ringkaskan supaya menjadi artikel yang padat, berinformasi tetapi ringkas. Ini kerana pembaca lebih gemar membaca edisi yang lebih ringkas tetapi padat.

5. Cuba menjadi polemik. Tulis artikel yang serius seperti politik dalam bentuk penulisan yang menarik dan lucu.

6. Pasang translator plugin di blog anda. Ini amat berguna kerana bukan semua pelawat memahami bahasa pertuturan dan penulisan anda. Dengan cara ini, anda dapat menarik pembaca yang bertutur dan menulis menggunakan bahasa lain.

7. Hantar artikel anda ke blog carnivals yang berkaitan dengan genre blog anda. Artikel anda selalunya akan diterbitkan dan sekurang-kurangnya dapat menarik pelawat.

8. Newsgroup. Anda akan mendapat respon yang tinggi setiap kali anda menghantar review atau artikel di dalam newsgroup.

9. Bina rekabentuk baru blog anda. Ia bukan sahaja akan menarik pembaca setia anda tetapi anda juga boleh menghantar rekabentuk tersebut ke dalam galeri CSS.

10. Menyertai perbincangan di dalam blog yang berkaitan. Mulakan perbualan di dalam blog anda sendiri. Jangan anda tinggalkan artikel anda setelah selesai menulis. Jawab semua soalan yang diajukan oleh pembaca.

11. Hantar komen melalui blog, tulis sesuatu yang berguna dan mencari rakan melalui forum.

12. Pastikan anda aktif untuk meningkatkan jumlah trafik anda. Hantar komen di blog yang mempunyai kaitan dengan blog anda dan letak pautan blog anda melalui signature. Sebarkan mengenai blog anda untuk menarik minat pembaca.

13. Luangkan masa melayari MyBlogLog dan anda pasti akan menerima pelawat di blog anda. ANda juga perlu cuba menyertai komuniti yang berkaitan dengan blog anda.

14. Sertakan link blog anda di dalam kad nama, kepala surat, signature atau pamphlets. Ini akan membantu meningkatkan trafik anda secara offline.

15. Baca lebih banyak blog dan tinggalkan tanda bahawa anda telah melawat blog tersebut.

16. Tinggalkan komen dengan memberi pendapat selepas membaca artikel di dalam blog lain. Beritahu penulis samada anda bersetuju atau tidak dengan artikel dan pendapat mereka dan tinggalkan link blog anda. Kebanyakan trafik datang melalui ruangan komen.

17. Tulis 3-5 kali sehari. Tarik minat pembaca. Letak soal selidik dan tanya pelawat beberapa soalan, beri mereka kuiz, tool percuma atau lain-lain. Buat sesuatu yang membuatkan mereka ingin melawat kembali ke blog anda.

18. Menyertai komuniti. Komuniti dapat membantu anda meningkatkan trafik blog anda. Cara paling mudah adalah dengan meletakkan blog anda pada komuniti tersebut dan pastikan anda aktif di sana.

19. Bina komuniti anda sendiri. Cari rakan-rakan untuk menyertai komuniti anda dan promosikan komuniti anda kepada semua.

20. Tulis artikel berdasarkan research dan sumber yang boleh dipercayai. Dengan cara ini pembaca akan yakin dengan penulisan anda dan mungkin akan menjadi pembaca setia.

21. Letakkan blog anda di laman web portal CSS design atau tema blog. Jika pelawat berminat dengan design blog anda, mereka pasti akan melawat blog anda.

22. Kongsi pendapat anda di mana-mana laman web social dan forum. Link blog anda dan beritahu mereka supaya melawat blog anda untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.

23. Gunakan laman web seperti Digg, del.icio.us dan lain-lain untuk meningkatkan trafik blog anda.

24. Sertai Yahoo! Answer dengan menjawab soalan yang diajukan disana. Link blog anda pada pengakhiran jawapan anda.

25. Jadilah orang pertama untuk menulis "Top Ten Blog" yang berkaitan dengan genre anda. Artikel sebegini akan menarik penulis blog yang mempunyai genre sama dengan anda untuk membaca.

26. Sertai forum untuk mendapatkan pembaca setia. Pembaca setia ini secara tidak langsung membantu anda meningkatkan trafik blog anda dengan mempromosikan blog anda kepada rakan-rakan mereka.

27. Sertai kumpulan penulisan atau kelab-kelab penulisan. Ini akan membantu anda untuk mengolah artikel anda menjadi lebih menarik.

28. Jangan lupa arkib artikel anda. Arkib ini penting supaya pelawat dapat membaca artikel-artikel lama anda dan seterusnya menjadi pembaca setia.

29. Tulis sesuatu yang kontroversi tetapi jangan keterlaluan. Takut nanti disaman. Sesuatu yang kontroversi dapat menarik ramai pembaca.

30. Cari blog terbaik yang sama genre dengan blog anda dan perkenalkan diri dan blog anda kepada mereka. Ini akan membantu mereka melihat blog anda dan mungkin akan meletakkan link blog anda di blog mereka jika mereka suka kandungan blog anda.

Pastikan anda amalkan dan ikut seberapa banyak tips yang anda boleh. Diharap anda akan berjay meningkatkan kuantiti trafik anda selepas mencuba beberapa tips yang diberikan.

Terima kasih,
0 Responses

Post a Comment

  • Yang Suka Baca