10 Perkara Tidak Perlu dalam Blog Anda
Sekarang saya akan menghuraikan 10 perkara yang tidak perlu ada di dalam blog anda. Mungkin anda tidak sedar bahawa walaupun semua perkara ini nampak menarik dan cool, tetapi lebih baik anda elakkan daripada meletakkannya ke dalam blog anda.






1. Auto-Music: Tiada sesiapa pun mahu mendengar muzik tersebut. Tak perlulah meletakkan muzik yang mengganggu pelawat. Mereka datang untuk membaca bukan untuk mendengar muzik.

2. Animated GIFs: Ini lagi satu. Ianya kelihatan semak. Bagi sesetengah orang terutamanya blogger perempuan, tentu mereka fikir ini adalah cool memiliki imej yang bergerak-gerak. Tetapi sebenarnya ia tak cool langsung. Hanya menyemakkan pandangan pembaca sahaja.

3. Saiz tulisan yang kecil: Siapa yang mahu baca jika saiz tulisan terlalu kecil. Walaupun kandungan anda mungkin bagus tetapi pembaca tidak akan struggle untuk membaca tulisan yang saiznya kecil dan susah di baca.

4. Comment Verification: Ini akan menyebabkan pembaca malas untuk meninggalkan komen. Kebanyakan verification ini susah di baca. Lebih teruk lagi jika pembaca perlu menyelesaikan masalah matematik sebelum boleh memberi komen. Untuk mengelakkan spam, pasanglah spam preventing plug-in.

5. Spelling and Grammar Errors: Ini lagi satu perkara yang tidak berfaedah. Hanya pastikan anda view artikel anda sebelum menekan butang publish. Semua orang buat silap. Jika ada kesalahan boleh diedit kemudian hari.

6. Badges hadiah dan anugerah yang anda menang: Dah macam lencana pengakap kat lengan baju pulak. Tiada siapa yang ambil kisah anugerah yang anda menang. Jika ada hapuskanlah ia. Anda macam terlalu desperate untuk menjadi popular.

7. Isi kandungan berulang: Jika anda ingin mengulang sesuatu kandungan, letakkan sahaja link kepada kandungan tersebut. Tidak perlulah untuk menulis artikel yang hampir sama berulang kali.

8. Flashy background: Blog anda bukanlah disko. Tak perlulah background yang berkelip-kelip. Ia mungkin akan menyembunyikan sesuatu di dalam blog anda. Background berwarna hitam ataupun putih adalah disarankan.

9. Menipu: Tak perlulah menipu di dalam blog anda untuk meningkatkan trafik. Kamu akan kantoi jugak nanti. Mungkin orang akan memandang kamu sebagai "bodoh".

10. Menciplak: Ini paling tidak disukai terutama oleh orang yang anda ciplak karya mereka. Jika anda suka kandungan mereka, letak link kepada artikel mereka. Jangan claim anda yang tulis artikel tersebut. Jika tidak anda akan dibenci dan blog anda akan menjadi sejarah.

Selepas membaca artikel ini, buanglah jika 10 perkara ini terdapat di dalam blog anda. Pesanan dari saya janganlah sekali-kali ingin cuba melakukan perkara 9 dan 10 kerana padahnya adalah amat buruk sekali.

Terima kasih,
0 Responses

Post a Comment

  • Yang Suka Baca