10 Sebab Kenapa Blog Anda "Sucks"
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa blog anda tidak mendapat sambutan apabila anda dapati anda hanya mempunyai pelawat yang pembaca yang amat sedikit. Anda ingin tahu? Di bawah ini saya senaraikan 10 sebab dan jawapan kepada anda.






1. Menggunakan kandungan ciplak: Anda boleh mendapat banyak topik dan kandungan artikel melalui laman web tetapi tidak semuanya berkualiti. Anda boleh cut and paste kandungan tersebut atau link artikel tersebut ke dalam blog anda. Tidak salah tetapi sebaiknya dielakkan. Tanpa isi kandungan dan artikel yang unik, kualiti blog anda juga akan merosot. Keunikan hanya akan diperolehi jika anda menulis artikel anda sendiri dengan menggunakan struktur dan pengolahan ayat yang menarik.

2. Terlalu banyak cerita perihal diri sendiri: Cukup-cukuplah bercerita mengenai diri anda sendiri. Kebanyakan pembaca tidak mengenali anda dan mereka juga tidak berminat membaca kisah peribadi anda. Tulislah artikel yang boleh memberi sesuatu atau bernilai kepada pembaca.

3. Letak lagu favourite dan ianya auto-play: Siapa yang mahu mendengar lagu favourite anda. Mengganggu ketenteraman dan konsentrasi pembaca. Bukan semua orang berminat mendengar lagu yang sama. Kalau degil dan nak letak jugak, jangan jadikan ianya auto-play. Biarlah pelawat buat keputusan nak dengar atau tidak lagu anda.

4. Gunakan ready made clip-art: Ini lagi satu. Suka meletakkan clip-art atau animated GIF yang ntah ape-ape. Saya percaya kebanyakannya atau mungkin semuanya adalah percuma. Anda pun boleh fikir sendiri barang percuma ini selalunya tidak bagus. Mungkin beribu-ribu orang gunakan benda yang sama.

5. Susah untuk mencari artikel: Takkan nak biarkan pelawat scroll blog anda dan tekan next page sampai berpuluh-puluh kali untuk mencari artikel. Letaklah kotak carian(search box), kategori, arkib(archieves) dalam blog anda supaya pelawat mudah mencari artikel yang mereka mahu.

6. Menulis artikel berulang: Bukan bermaksud anda mengulang artikel yang anda telah tulis tetapi anda menulis artikel yang hampir sama dengan blog lain yang sama genre dengan blog anda. walaupun anda menggunakan ayat anda sendiri, tetapi kandungan artikel anda masih sama. Tulislah sesuatu yang lebih menarik.

7. Blog anda membosankan: Ya, blog anda bosan. Tulislah artikel yang dapat menarik minat pembaca, bukan artikel yang menarik minat anda sendiri. Tujuan menulis blog adalah untuk menjadi bahan bacaan kepada orang lain, bukan untuk diri sendiri. Jika anda ingin pembaca terus bersama blog anda, hiburkan mereka dan ajar mereka melalui artikel-artikel menarik dan bermanfaat. Jika tidak ianya akan membosankan mereka.

8. Gaya penulisan yang teruk: Ini bukan bermakna artikel anda teruk tetapi gaya penulisan anda. Ya saya maksudkan penulisan, seperti kesalahan ejaan, tatabahasa dan lain-lain. Tambahan pula jika menggunakan shortform yang sukar difahami atau lebih tepat hanya anda sahaja yang boleh faham apa yang anda tulis.

9. Tulis artikel sebulan sekali: Sudahlah blog anda bosan, banyak kesalahan ejaan, ditambah pula dengan bilangan artikel yang sebulan hanya satu. Semakin kurang anda kemaskini blog anda, kekerapan pelawat juga akan berkurang. Jadi anda fikirlah sendiri.

10. Blog anda sama sahaja dengan beribu blog yang lain: Ini memang susah nak dielakkan terutama jika anda menggunakan tema basic seperti yang terdapat di dalam galeri default. Bukankah bosan jika beribu-ribu blog mempunyai tema yang sama? Belajar bagaimana untuk menghasilkan tema anda sendiri dan sudah pasti ianya unik dan lain daripada yang lain.

Sekian sahaja 10 tips daripada saya kali ini. Pastikan anda tidak melakukan atau mengulang kesalahan di atas. Jika anda dah terbuat, cepat-cepatlah betulkan.

Terima kasih,
0 Responses

Post a Comment

  • Yang Suka Baca